Berita Semasa

MBKT arah kompleks beli-belah, pasar raya, pasar besar tutup operasi pada 1 Syawal

KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengarahkan semua kompleks beli-belah, pasar raya dan pasar raya besar di bawah kawasan seliannya ditutup sepenuhnya pada 1 Syawal ini.

Laporal BH ONline menyebut, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latiff sebagai berkata, premis makanan segera, kedai runcit 24 jam, kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Trealeaf Mart, DIY, Eco Shop dan berkaitan pula diarah tutup dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 tengahari.

“Penutupan premis perniagaan ini bertujuan menghormati Syawal dan pekerja beragama Islam.

“Kami memohon kerjasama semua pengusaha dan pemilik pasar raya bagi memastikan tiada sebarang aktiviti perniagaan pada sambutan Aidilfitri,” katanya dalam laporan tersebut, hari ini.

Mengenai operasi kedai runcit dan kedai makan bukan Islam, Rosli berkata, peniaga dan pengusaha bukan Islam digalakkan menutup premis perniagaan sehingga pukul 1 tengah hari pada 1 Syawal.

“Pemilik premis dan pengusaha perniagaan beragama Islam yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan, termasuk pembatalan lesen perniagaan,” katanya.

Rosli berkata notis berkaitan arahan itu sudah diedarkan kepada pengurusan dan pemilik gedung perniagaan, selain makluman melalui pelbagai laman sosial termasuk Facebook MBKT.

Show More

Related Articles

Back to top button