Berita Semasa

Ketua Pemuda UMNO ditahan di IPD Kota Kinabalu

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dalam satu hantaran di Facebooknya mendedahkan beliau ditahan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pagi ini.

Akmal bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci punca beliau ditahan namun dipercayai berkait gesaan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking bercetak kalimah Allah.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun dijadualkan memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya.

Kenyataan Akmal Saleh dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Akmal sebelum ini lantang menyeru umat Islam di negara ini memboikot dan meminta pihak pengurusan syarikat KK Mart menggantung kain rentang di semua rangkaian kedai serbaneka berkenaan sebagai minta maaf atas kejadian penjualan stoking berkalimah Allah.

Pada 16 Mac, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’ di cawangan kedai serbaneka di Subang Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button