Pesawat United Airlines buat pusingan kecemasan kerana tandas bocor
BERLIN – Penerbangan 59 United Airlines yang dijadualkan menuju ke San Francisco, Amerika Syarikat terpaksa membuat pusingan kecemasan kerana kebocoran tandas pesawatnya.
Pesawat Boeing 777 itu telah pun berlepas mengelilingi Laut Utara sebelum akhirnya berpatah balik ke Lapangan Terbang Frankfurt, pada Jumaat lalu, lapor portal berita The Sun.
Kejadian disedari apabila penumpang di dalam pesawat terhidu bau busuk yang datang dari tandas pesawat.
Pemeriksaan oleh kru kabin menemukan salah satu tandas pesawat yang berusia tujuh tahun itu mengalami kebocoran sehingga melimpah dan memasuki kabin.
Dalam pada itu, seorang jurucakap dari United Airlines memberi keterangan kepada The Sun.
“Penerbangan 59 United kembali ke Frankfurt berikutan masalah penyelenggaraan yang melibatkan salah sebuah tandas pesawat,” katanya.