Berita SemasaSukan

Pan Gon nafi hantar surat berhenti

KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon menafikan dakwaan beliau sedia meninggalkan posisi pengendali pasukan negara seperti dilaporkan media tempatan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM malam tadi, Pan-Gon memberi jaminan bahawa misi beliau bersama pasukan negara masih belum berakhir dan sedia untuk membimbing pasukan ke peringkat lebih tinggi.

Beliau juga menafikan laporan berita yang mendakwa beliau telah menghantar satu surat kepada FAM yang menyatakan kesediaan untuk meninggalkan pasukan Harimau Malaya.

“Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini.

“Saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja,” menurutnya dalam kenyataan di Facebook rasmi FAM.

Media sebelum ini melaporkan Pan Gon dan barisan kejurulatihannya telah menghantar surat menyatakan kesediaan untuk melepaskan tanggungjawab dipikul sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Tindakan itu dipercayai susulan dua kekalahan berturut-turut kepada Oman pada aksi Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button