Jenayah & Mahkamah

Isu kafir: Menteri Pendidikan terima ancaman keselamatan, buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerima ancaman keselamatan berhubung satu video dan poster yang dipetik di luar konteks tersebar di media sosial.

Menurut Fadhlina, sehubungan itu satu laporan telah dibuat bagi polis menyiasat ancaman tersebut.

“Sesuatu berlaku hari ini. Ujaran kebencian, tuduhan tidak benar, malah ancaman keselamatan diterima di alam maya.

“Laporan polis telahpun dibuat, atas faktor keselamatan manakala atas nasihat pasukan peguam, kesemua bukti daripada hantaran, komentar, dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya.

Laporan polis yang dibuat berhubung isu kafir yang dipetik di luar konteks

Turut dimuat naik dalam laman tersebut ialah laporan polis berhubung ancaman yang diterimanya.

Terdahulu tular satu poster yang menggunakan muka Menteri Pendidikan itu dengan kapsyen beliau tidak membenarkan perkataan kafir digunakan di rumahnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button