Anggota PGA didakwa curi RM85,000 ketika operasi
KUALA LUMPUR – Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM85,000 dalam operasi bersepadu dilakukan di ibu kota. Khamis lalu.
Pertuduhan terhadap Lans Koperal (Lkpl)Mohamad Adib Mohd Zafri, 35; L/K )L’Mohamad Amirul Aiman Mamat, 26; dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi, 30, dibcakan didepan Majistret Aina Azahra Arifin.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Kesemua mereka didakwa dengan mencuri wang mili NGWE Gabar Sdn Bhd yang terletak di tingkat satu Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Silang pada 22 Disember lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Sesyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda manakala bagi kesalahan kali kedia perlu dipenjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.