Jenayah & Mahkamah

Anggota polis berpangkat koperal maut dipukul

SHAH ALAM – Seorang anggota polis berpangkat koperal maut disyaki dipukul sekumpulan lelaki di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang berkhidmat di Kontinjen Kuala Lumpur ditemui tidak sedarkan diri di lokasi kejadian, kira-kira jam 3 pagi.

“Polis sedang menjejak sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dan berada di lokasi kejadian.

“Kes masih dalam siasatan dan kita belum mengenal pasti suspek,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu katanya, proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian sebelum mayat mangsa diterbangkan ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Show More

Related Articles

Back to top button