Berita Semasa

Wang RM500,00 dalam bagasi: Sebuah syarikat dakwa wang milik mereka

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada sebuah syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 yang ditemui di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah di Damansara, di sini adalah kepunyaan mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat di Shah Alam oleh syarikat terbabit.

“Laporan polis sudah dibuat yang mana dikatakan wang itu adalah milik syarikat.

“Jadi siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat letak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.

Hussein berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira 8 pagi semalam.

Menurutnya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas not RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

 

Show More

Related Articles

Back to top button