Bengang dikecam, Fathia Latiff ugut keluar Islam
KUALA LUMPUR – Pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff mengeluarkan kenyataan sanggup murtad gara-gara kritikan segelintir netizen yang mengecam dia, baru-baru ini.
Dia meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap sikap netizen yang disifatkan melampaui batas itu melalui video yang dimuat naiknya di Tik Tok
“Satu benda yang aku nak cakap dekat korang, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang.
“Apa yang korang buat dekat aku ni, aku minum arak ke, pakai seluar pendek ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang. Aku tak berdosa, korang yang masuk neraka sebab korang push aku.
“Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak ada guna sebab korang buat seorang saudara korang jadi macam ni, buat orang marah dan sakitkan hati.
“Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia maafkan. Salam Ramadan,” katanya.
Sementara itu, rata-rata para netizen di ruangan komen menunjukkan reaksi terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu dan berharap agar Fathia diberi pertolongan dan bimbingan.
Sebelum ini, Fathia mencetuskan kontroversi apabila dia melabelkan wajah Pelakon Zahirah Macwilson seperti seorang pembantu rumah selain mendakwa Pelakon Aiman Hakim Ridza masih menyimpan perasaan terhadap Fathia selepas mereka berpisah dahulu.
Berikutan itu, para netizen membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan yang buruk terhadap perubahan sikap Fathia yang mengejut itu seperti mempunyai masalah kesihatan mental, mengambil barang terlarang dan sebagainya