Jenayah & Mahkamah

Maritim Malaysia Perak rampas 34 set bubu naga

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak merampas 34 set bubu naga pada kedudukan 4.3 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, pukul 3 pagi, semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bubu berukuran lebih kurang 10 meter panjang setiap satu yang dipasang secara berangkai itu dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan OP Tiris di kawasan itu.

“Tinjauan oleh anggota peronda mendapati bubu naga ini dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu yang dianggar bernilai lebih dua ribu ringgit itu dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Katanya, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan salah laku di perairaran negara dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau melalui MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk maklum balas segera,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button