Berita Semasa

Kerajaan akan kaji semula gaji minimum – Steven Sim

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula gaji minimum tahun ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk majikan, demikian maklum Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, ketika menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini

“Untuk makluman, pada tahun ini, berpandukan Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), kadar gaji minimum akan dikaji semula

“Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pihak majikan dan pekerja serta menjadikan rujukan laporan-laporan sosio ekonomi seperti laporan Bank Negara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat (YB) Batang Sadong,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada epada pertanyaan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee yang membangkitkan isu cadangan Bank Negara dan projek Belanjawanku iaitu projek celik kewangan kelolaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Show More

Related Articles

Back to top button