Bekas pemain dram Cromok meninggal dunia malam tadi
CYBERJAYA – Bekas pemain dram kumpulan thrash metal tanah air, Tarmizi Mokhtar yang lebih dikenali sebagai Miji Cromok, meninggal dunia malam tadi.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan dalam satu hantaran di laman Facebook milik KARL Cromok pada tengah malam tadi.
“Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu bahawa Tarmizi Mokhtar (Miji Cromok) telah kembali ke rahmatullah pada 6 March 2024 pukul 10.40 malam.
“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarga Almarhum di masa kesedihan ini.
“Semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda,” hantaran tersebut, malam tadi.
Menurut perkongsian terbaharu di akaun Facebook tersebut, jenazah Allahyarham akan dikebumikan hair ini di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas Zohor.
“Jenazah sekarang berada di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Sembahyang jenazah di rumah.
“Kebumi selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Lemal,” kata hantaran otu lagi.
Terdahulu, Karl menerusi siaran di Facebooknya, pernah berkongsikan keadaan Allahyarhan yang menjalani rawatan di hospital akibat kanser hati tahap empat.
Allahyarham dan Karl merupakan antara anggota asal Cromok yang sama-sama menubuhkan kumpulan tersebut pada 1987.