Berita Semasa

YKM salur bantuan kepada lebih 700 anak yatim akibat Covid-19

BUKIT BERUNTUNG – Lebih 700 anak yatim yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat penularan pandemik Covid-19 menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

YKM berkata, Bantuan Persekolahan dan Bantuan Menara Gading YKM berupa wang tunai RM300 itu disalurkan sebagai persediaan memasuki alam persekolahan sesi baharu peringkat pra sekolah sehingga peringkat ijazah.

Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) adalah sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia, terutama kepada anak-anak yang kehilangan ibu, bapa atau penjaga sepanjang tempoh penularan pandemik Covid-19.

“Biarpun pandemik telah berlalu namun kesan dan trauma yang dialami anak-anak ini masih berterusan. Mereka kehilangan insan tersayang yang selama ini menjadi tempat mereka bergantung.

“Bantuan ini disalurkan kepada anak-anak yatim daripada golongan B40 yang disarin daripada lebih 5,000 data yang YKM ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kunjungan bekas Perdana Menteri Kesembilan itu ke kediaman keluarga Nabilah Nazurah Benyajeed yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19 pada tahun 2021.

Ismail Sabri berkata, YKM juga akan terus menyalurkan bantuan dan mengadakan program khusus bagi memastikan nasib golongan itu terus terbela.

Ahli Parlimen Bera itu turut berbesar hati mengambil kesemua anak yatim yang menerima bantuan pada kali ini sebagai anak dan cucu angkat beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button