Bisnes & Ekonomi

MiraGold ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’ buka cawangan kedua, tawar cincin emas RM99

KUALA LUMPUR – Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan pasangan suami isteri, Nor Dhamirah Daling dan Mohd Zulatika Ghani nekad menceburi bidang perniagaan emas yang diberi nama MiraGold.

Menggunakan tagline ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’, pengasasnya, Nor Dhamirah Daling berkata, MiraGold kini membuka cawangan keduanya iaitu di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan akan mula beroperasi pada 8 Mac ini.

“Lebih menarik, sempena pembukaan, 100 pengunjung terawal berpeluang menikmati promosi menarik antaranya cincin emas berharga RM99, rantai tangan berharga RM399,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

MiraGold mengetengahkan koleksi yang dinspirasikan dari Dubai.

Tampil dengan koleksi Dubai, MiraGold menerima sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari seluruh Malaysia, malah bagi pasaran luar negara, ada pelanggannya datang dari Singapura.

“MiraGold banyak mengetengahkan koleksi Dubai sebab kalau kita tengok koleksi Dubai ini adalah koleksi yang premium, gah dan mewah. Kebanyakkan kedai emas kurang mempamerkan koleksi ini sebab harganya yang agak premium.

“Di MiraGold kita berani untuk cuba benda baharu kita masukkan barangan Dubai daripada lantai leher, subang, rantai kaki, cincin dan bermacam-macam lagi.

Cawangan kedua MiraGold di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, MiraGold merupakan 100 peratus milik bumiputera dan mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019.

MiraGold juga aktif dalam penjualan atas talian di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram bagi mempromosikan produk mereka selain menawarkan pembelian secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.

Pelbagai jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.

Show More

Related Articles

Back to top button