Bisnes & Ekonomi

90 peratus usahawan PKS tidak capai kewangan yang lebih baik

SHAH ALAM – Dianggarkan sebanyak 90 peratus usahawan yang ditemui RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak berjaya mencapai kewangan lebih baik melalui perniagaan yang dijalankan.
 
Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Dr. Azizan Osman berkata, dapatan tersebut diperolehi berdasarkan pengalaman 16 tahun RichWorks dalam melatih dan membimbing usahawan di negara ini.
 
“Niat asal mereka berniaga sebab nak ada kewangan, jualan dan keuntungan lebih baik untuk bantu keluarga mencapai impian.
 
“Tapi, semua itu tak kesampaian bila mereka berdepan pelbagai cabaran pula, dari segi kewangan, persaingan, dengan kenaikan kos buatkan tak tahu macam mana nak atasinya dan RichWorks ada solusi,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Terdahulu Siri Sokongan Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) – Bina Perniagaan & Kewangan Berjaya dilancarkan secara rasmi semalam dan akan ke seluruh negara.

Tambah Azizan, RichWorks percaya berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, kami mampu bantu lebih ramai usahawan untuk mendapatkan kekuatan semula.
 
“Bina SME ini untuk usahawan yang merupakan pembuat keputusan dengan bisnes yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi enam bulan ke atas.
 
“Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dari situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik.
 
“Dalam masa panjang, untuk mereka capai impian tetapi sekurang-kurangnya masa ini boleh bangkit dengan cepat,” jelasnya.
 
Sementara itu, Azizan memaklumkan bisnes kini tak mudah dan 2025 dijangka lebih besar cabaran menanti usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
 
“Jadi dengan berbaki 4 bulan saja tahun ini, RichWorks nak bantu usahawan-usahawan PKS yang serius dan komited untuk harungi cabaran masa ini,” ujarnya.
 
Untuk maklumat lanjut, para usahawan boleh layari laman web www.binasme.com

Show More

Related Articles

Back to top button