Sukan

18 jalan utama akan ditutup sempena OCBC Cycle Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 jalan utama akan ditutup bagi memberi laluan sempena penganjuran acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2024 pada 3 Mac ini.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, penutupan laluan utama berkenaan akan dilakukan secara berperingkat mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi iaitu sebaik sahaja acara berkenaan tamat.

“Antara laluan yang terlibat adalah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Mushi Abdullah, Jalan Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Perak,’ katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya, jalan lain yang terlibat ialah Jalan P Ramlee, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Parlimen, Persiaran Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kinabalu, Jalan Lembah dan Jalan Sultan Hishamuddin.

OCBC Cycle KL 2024 edisi kelapan ini kali ini dijangka menarik penyertaan 2,700 peserta.

Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu kayuhan sejauh 21 kilometer (km) dan 42 km.

Para peserta akan melewati beberapa bangunan ikonik Kuala Lumpur termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad, KLCC, Tugu Negara, Masjid Negara dan juga Menara OCBC.

Show More

Related Articles

Back to top button