Berita Semasa

Penjawat awam terima bayaran insentif RM2,000 esok

PUTRAJAYA – Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk petugas lantikan kontrak akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000, esok.

Pengumuman pembayaran itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 6 Februari lepas.

Dalam pengumuman itu, Anwar berkata, bayaran Insentif Awal itu akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” kata Perdana Menteri pada majlis itu.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Show More

Related Articles

Back to top button