Bisnes & Ekonomi

AEON BiG, SOLV Malaysia gabung tenaga bantu PKS melalui kemudahan pembiayaan

KUALA LUMPUR — AEON BiG (M) Sdn Bhd, syarikat peruncit terkemuka di Semenanjung hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan SOLV Malaysia, sebuah platform digital B2B terkemuka yang mengkhususkan diri dalam solusi kewangan.

Menurut Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, kerjasama ini, yang melibatkan AEON BiG dan AEON2 Business (A2B) bertujuan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, menerusi langkah itu kedua-dua pihak akan diberikan akses yang lebih baik ke pembiayaan dan mendorong peluang pertumbuhan dalam landskap peruncitan yang dinamik di Malaysia.

“Dibina oleh SC Ventures, bahagian inovasi, pelaburan fintech dan Standard Chartered, SOLV Malaysia menyediakan keperluan pembiayaan PKS melalui platform digitalnya, menghubungkan mereka dengan jaringan produk pembiayaan yang lebih mudah diatur oleh pemberi pinjaman digital.

“Di bawah inisiatif ini, AEON BiG, bekerjasama dengan SOLV Malaysia untuk menawarkan PKS penyelesaian mudah untuk mengakses solusi pembiayaan yang sesuai.

“Kami bersemangat tentang potensi yang dibawa oleh kolaborasi ini untuk PKS yang terlibat secara lamgsung dengan AEON BiG,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kolaborasi itu membolehkan kedua-dua pihak untuk menawarkan solusi kewangan terintegrasi yang selari dengan keperluan pelbagai PKS, serta membantu dalam mencapai impian mereka.

Pada masa sama, katanya, kerjasama ini memperkuat komitmen AEON BiG dalam menyediakan solusi tambah nilai untuk sahabat perniagaannya.

“Kolaborasi ini membuka jalan baharu bagi PKS yang berniaga dengan AEON BiG, memungkinkan mereka untuk memanfaatkan solusi platform inovatif SOLV untuk memperkuat kekuatan modal pembelian mereka dan memenuhi keperluan modal kerja.

“PKS dapat menggunakan kemampuan digital SOLV yang ditingkatkan dalam pendaftaran dan pengelolaan faktor untuk mendapatkan pembiayaan yang sesuai.

“Mekanisma seperti ini memperkasakan PKS untuk meningkatkan keupayaan modal mereka, memanfaatkan peluang perniagaan dan seiring dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang.

“Ini juga akan menyumbang kepada pertumbuhan komuniti PKS tempatan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button