Berita Semasa

Kes Nik Elin: Pastikan kedudukan Islam terjamin, kerajaan digesa pinda Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya segera melakukan pindaan yang sesuai pada peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kedudukan undang-undang Islam sentiasa terjamin.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia juga supaya hak umat Islam di negara ini untuk dinaungi oleh undang-undang Syariah dalam kehidupan mereka sentiasa terpelihara.

“Saya berdukacita di atas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak sah.

“Saya percaya majoriti umat Islam di negara ini juga berdukacita dengan keputusan ini.

“Dengan keputusan ini, perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam seperti menawarkan perkhidmatan maksiat, berkhalwat, sumbang mahram dan minum arak tidak lagi menjadi suatu kesalahan bagi umat Islam di negeri Kelantan.

“Saya percaya jika ada pihak yang mencabar kedudukan undang-undang Islam di negeri-negeri lain, undang-undang tersebut juga akan diisytiharkan tidak sah berdasarkan precedent yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu katanya, pihaknya tetap menghormati kuasa mahkamah untuk mentafsir undang-undang namun sebagai negara demokrasi berparlimen Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat dan meminda undang-undang.

Show More

Related Articles

Back to top button