Berita Semasa

Ahli Parlimen PN sasar sumbang 100 buah rumah kontena bagi mangsa gempa bumi Turkiye-Syria

SEPANG – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyasarkan sebanyak 100 buah rumah kontena disumbangkan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dalam misi kemanusian mereka ke negara terbabit.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, yang juga ketua bagi misi bantuan tersebut, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, fokus bagi misi ini adalah untuk menyediakan barangan keperluan yang mendesak seperti baju sejuk dan ubat-ubatan.

Katanya, sebanyak RM350,000 telah berjaya dikumpul bagi misi kali ini hasil meliputi sumbangan Ahli Parlimen PN serta orang awam.

“InsyaAllah untuk misi kali ini kita lebih fokus untuk menyediakan keperluan yang sangat mendesak terutamanya pakaian sejuk, kerana saya difahamkan suhu di sana mencecah 7 darjah celcius.

“Selain itu, kami juga akan sediakan rumah kontena sebab lebih selesa untuk mangsa-mangsa berbanding khemah sebelum ini. Sama-sama kita kali ini, kita akan buat lima rumah kontena untuk.

“Kita yakin kita sasarkan 100 kontena untuk dicapai, dan kita yakin dalam RM350,000 yang kita bawa untuk diagihkan kepada mangsa di sana. Kita akan pergi dua kawasan yang mengalami bencana Gaziantep dan harte dua kawasan ini kita akan pergi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam Majlis Pelepasan Delegasi Ahli Parlimen PN ke Turkiye dan Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.

Yang turut menyertai misi, Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman; Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim; Ahli Parlimen Hulu Terengganu; Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Ermieyati Samsudin.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, misi tersebut adalah hasil kerjasama antara Sekretariat Aid4 Turkiye-Syria.

Tambahnya, agihan bantuan makanan dan pakaian untuk musim sejuk yang akan dihantar ke kawasan sempadan dua negara terbabit membabitkan peruntukan bantuan bernilai RM200,000.

“Kita juga membina semula lima rumah sederhana kekal daripada kontena dengan kos sebanyak RM150,000. Selain itu kita juga merancang menghantar bantuan satu kontena makanan ke kawasan terjejas di Syria,” katanya lagi.

Turut serta Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh.

Selain itu, misi bantuan yang turut disertai sukarelawan daripada PasRelief dan Sekretariat Aid4 Turkiye Syria berlepas pada pukul 11.30 malam tadi dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 7 Mac depan.

Kini, angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria telah mencecah 50,000 orang.

Show More

Related Articles

Back to top button