Uncategorized

Majlis Sukan Negara terima tajaan F&N RM 4 juta

PUTRAJAYA – Syarikat konglomerat industri makanan dan minuman, Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) mengumumkan penajaan RM 4 juta kepada Majlis Sukan Negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MSN dengan F&N di MSN, Bukit Jalil, kelmarin disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Turut hadir sama, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBhg. Dato’ Raffiq Md Ariff, Pengarah Urusan Makanan dan Penglibatan Industri F&N.

Yeoh dalam satu hantaran di sosial media memuji penajaan itu sebagai jalinan kerjasama yang bersifat menang-menang antara pihak kerajaan dan swasta.

“Ini merupakan satu contoh terbaik di mana kedua-dua pihak mencipta situasi win-win yang menjadi asas ikatan penajaan ini.

“Saya berharap F&N Beverages akan terus bersama KBS bukan sahaja MSN dalam mencari jalan bekerjasama supaya semua menerima manfaat daripada minuman ini,” katanya.

Yeoh menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd pada 6 Februari 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil, kelmarin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button