Berita Semasa

Jenazah pendaki wanita berjaya dibawa keluar bomba pagi ini

JERANTUT – Jenazah pendaki wanita berusia 52 tahun yang meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan dekat sini berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter pukul 8.30 pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, operasi menyelamat yang masuk hari ketiga hari ini berjaya membawa keluar mayat mangsa, Zahalitha Othman yang diterbangkan ke Sekolah Kebangsaan Clifford.

“Ketua Zon bersama bersama tiga anggota mosar menaiki helikopter bersama sembilan crew keluar ke Gunung Tahan untuk misi menyelamat dan menghantar makanan.

“Bekalan makanan juga berjaya diturunkan kepada baki pendaki yang lain,” katanya.

Zahalitha Othman

Zahalitha dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi kelmarin iaitu hari ulang tahun kelahirannya ke 52 selepas mengalami sesak nafas ketika mengikuti program pendakian Gunung Tahan sejak 1 Februari lalu.

Menurut kenyataan JBPM, operasi membawa keluar mangsa ditangguhkan ekoran keadaan cuaca yang berkabus tebal di sekitar lokasi kejadian.

Katanya, dua misi penerbangan yang dilakukan pada sebelah pagi dan petang semalam tidak berjaya menemui lokasi mangsa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button