Berita SemasaJenayah & Mahkamah
Tun Daim tiba di mahkamah
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini selepas dituduh gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Daim yang hadir dengan berkerusi roda ditemani isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.40 pagi tadi.
Daim didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang adalah kesalahan yang berkaitan dengan pendedahan aset.
Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.