Uncategorized

Wanita halang ambulans ada masalah mental

KUALA LUMPUR – Pemandu wanita yang menghalang ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam, disahkan mengalami masalah psiakitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan pemandu berusia 41 tahun selepas pemandu ambulans membuat laporan polis.

“Pemandu kereta jenis Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kereta Toyota Camry yang dirakam menghalang ambulans sepanjang laluan di MRR2 kelmarin.

Menurutnya, terdahulu pihaknya mengesan video tular di tiktok memaparkan ambulans berkenaan dihalang laluannya oleh kereta berkenaan di Jalan Lingkaran Tengah II ( MRR2 ) dari arah Lotus Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semalam pada jam 5.35 petang, dimana ambulan dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

“Ambulans berkenaan memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Hulu Klang,”katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran,”katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button