Berita Semasa

Bufet Ramadan: Courtyard by Marriott Setia Alam tawar diskaun untuk tempahan awal

SHAH ALAM – Berbaki kira-kira enam minggu lagi sebelum umat Islam berpuasa, pengusaha restoran dan hotel di seluruh negara semakin rancak mempromosikan bufet Ramadan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Tidak ketinggalan, hotel bertaraf empat bintang, Courtyard by Marriott Setia Alam bakal tampil dengan buffet Ramadan bertemakan ‘Citarasa Kampung Ku’.

Disusun rapi oleh Chef Eksekutif Arfizan Abdul Rahim dan Chef Firdaus Aiman Zammani, Citarasa Kampung Ku adalah tema yang dipilih berdasarkan makanan tradisi kegemaran rakyat Malaysia termasuk pelbagai juadah bazar Ramadan.

“Antara juadah berbuka yang ditawarkan adalah seperti Kambing Bakar Percik Tanjung Buloh, Rendang Brisket Opor Pahang, Periuk Sup Meletop Kedah dan bermacam-macam lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, tema bufet berkenaan dipilih dengan hasrat dapat meningkatkan kesedaran mengenai budaya makanan etnik Malaysia yang pelbagai.

“Saya sedar bahawa ramai individu daripada Generasi Z secara beransur-ansur melupakan tradisi masakan etnik kita.

“Terutama hidangan yang tidak lapuk dan tradisi seperti laksa Sarawak, rendang ayam pencen daun maman, nasi minyak serai, petai tempoyak, siput sedut/ pucuk tenggek burung dan pucuk mengkudu,” kata Firdaus.

Tahun lalu, Courtyard by Marriott Setia Alam berjaya memperkenalkan masakan Jawa, dan pada tahun ini, pasukan kulinari menyasarkan untuk mempamerkan spektrum yang khusus kepada makanan ‘1 Malaysia’.

“Landskap kulinari sentiasa berkembang, menyaksikan trend yang semakin meningkat dalam mengembalikan semula hidangan tradisional Melayu dengan bakat kontemporari.

“Courtyard teruja untuk menjemput pencariannya untuk pulang ke kampung dan merasai hidangan lazat ini,” ujarnya lagi.

Tawaran bufet Ramadan di Courtyard by Marriott Setia Alam boleh didapati bermula
12 Mac hingga 8 April depan dari jam
6.30 petang hingga 10.30 malam.

Bagi mereka yang ingin melakukan tempahan awal, Courtyard Setia Alam berbesar hati untuk menawarkan diskaun eksklusif (early bird) pada harga RM118 bagi setiap orang dewasa.

Show More

Related Articles

Back to top button