Berita Semasa

Harimau Malaya pasti akan kembali ke kejohanan Piala Asia 2027 – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melaungkan keyakinan bahawa skuad Harimau Malaya akan kembali memberikan saingan yang lebih hebat dalam kejohanan Piala Asia 2027 selepas berjaya mengikat skuad Korea Selatan 3-3 dalam di Stadium Al Janoub hari ini.

Beliau berkata, aksi menakjubkan yang ditonjolkan oleh Malaysia menunjukkan bahawa sekiranya setiap pemain meletakkan jiwa dan raga kepada pasukan, setiap keputusan mampu digapai.

“Harimau Malaya telah menempa nama di pentas Asia. Kita mempunyai lebih banyak kerja di hadapan. Tugas ini akan bermula semula esok.

“Malaysia akan kembali ke Piala Asia akan datang! Diundi menentang Koreadalam kejohanan ini merupakan hadiah terbesar kepada peminat Harimau Malaya di Qatar dan seluruh Malaysia. Apabila kita meletakkan hati dan jiwa kita ke dalam semua yang kita lakukan, dunia pasti akan melihat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-130 dunia mencalar reputasi Korea Selatan apabila mengikat lawan 3-3, sekali gus memperbaiki pencapaian 2007 yang mana skuad negara gagal meraih sebarang mata pada ketika itu.

Malaysia menutup kempen Piala Asia 2023 dengan menghuni kedudukan keempat kumpulan dan meraih satu mata selepas tewas dua perlawanan awal menentang Jordan dan Bahrain.

Show More

Related Articles

Back to top button