AgamaBerita Semasa

Menteri Agama nasihat institusi mufti dalam keluarkan pandangan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan institusi mufti supaya berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan hukum khususnya dalam isu yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Menurut Mohd Na’im, beliau menghormati penjelasan hukum yang dikeluarkan institusi mufti, namun ia perlu disertakan dengan hujah yang konkrit agar dapat mencari
jalan penyelesaian kepada persoalan yang timbul.

“Ia (pandangan hukum) tidak boleh tergantung supaya tidak timbul kegusaran dalam masyarakat awam.

“Perkara tersebut perlulah dipertimbangkan secara menyeluruh selain penjelasan yang terperinci,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian susulan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dalam ruangan ‘Irsyad Al-Fatwa ke-823’ di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diterbitkan pada 18 Januari lalu mengenai hukum bekerja di bank konvensional.

Dalam jawapan mengenai hukum bekerja di bank konvensional, beliau berkata, kakitangan institusi perbankan terbabit disarankan mencari pekerjaan halal lain kerana sektor itu terbabit dengan riba.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, adalah sebarang isu yang bersifat nasional, perlu dibawa kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dianggotai oleh semua Ashabus Samahah Mufti Negeri-Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button