Sukan

Kesilapan mohon visa, pasukan negara tarik diri dari Badminton Terbuka India

KUALA LUMPUR – Pasukan negara terpaksa menarik diri di Terbuka India gara-gara pemain beregu badminton lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong memohon visa menggunakan pasport lama.

Eee Yi dalam pengakuan dan memohon maaf di InstaStorynya berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki negara itu sewaktu pemeriksaan imigresen.

“Sebab sendiri punya ‘mistake’ (kesilapan), salah apply (memohon) E-visa pakai pasport lama. Jadi sekarang tak boleh masuk India, mereka cakap nak hantar saya pulang.

“Sekarang tengah cuba buat emergency (kecemasan) visa, kalau tak boleh maka terpaksa tarik diri dari Terbuka India,” katanya dalam salah satu hantaran di InstaStorynya.

Ee Yi kemudian memaklumkan rayuannya untuk memasuki negara itu gagal pada hantaran kedua dan mengakui telah berada di dalam pesawat untuk penerbangan pulang ke tanah air.

“Pertamanya, terima kasih kepada Kedutaan Malaysia kerana membantu saya dan juga sesiapa yang membantu dan bimbang dengan diri saya.

“Malangnya, tiada apa yang boleh kami lakukan, mereka memutuskan untuk menghantar saya pulang dan saya sekarang sudah berada dalam pesawat.

“Mohon maaf kepada semua, itu adalah kesilapan saya dan pada akhirnya, kami perlu menarik diri daripada menyertai Terbuka India,” katanya.

Terbuka India ialah acara badminton tahunan yang telah diadakan di India sejak 2008 dan merupakan kejohanan badminton antarabangsa Jelajah Dunia BWF, tahap Super 750.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengkategorikan India Open sebagai salah satu daripada tujuh acara Super 500 mengikut struktur acara BWF baharu sejak 2018. Terbuka India telah dinaik taraf kepada acara Super 750, berkuat kuasa mulai 2023

Show More

Related Articles

Back to top button