Berita Semasa

Bengkel Permukiman KKDW 2024 buka tirai

KUALA LUMPUR – Bengkel Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024 membuka tirai secara rasminya di sini, malam tadi.

Menteri Kemjauan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bengkel itu adalah kesinambungan daripada bengkel strategik yang dilaksanakan KKDW pada setiap tahun.

Katanya, menerusi bengkel tersebut, lebih banyak potensi baharu yang boleh dicungkil bagi meningkatkan kualiti hidup warga desa.

“Alhamdulillah, hasil daripada permukiman yang sama diadakan pada tahun lalu telah menyaksikan KKDW berjaya melaksanakan 39 program game-changer (pengubah keadaan) meliputi modal insan, ekonomi, infrastruktur, keusahawanan dan sistem penyampaian termasuklah transformasi program TVET@KKDW secara keseluruhan.

“Saya menyatakan kepada semua peserta permukiman bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu adalah sukar, tetapi untuk mengekalkan kejayaan tersebut jauh lebih sukar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berharap agar permukiman kali ini bukan sahaja mampu membawa kejayaan sepertimana tahun lalu, tetapi kejayaan yang lebih cemerlang lagi dari sebelumnya.

“Saya yakin, dengan pengalaman luas dan komitmen sepenuhnya dimiliki oleh warga KKDW secara keseluruhannya pastinya dapat memberikan idea-idea baharu yang boleh diketengahkan dalam usaha mentransformasi dan menambahbaik ekosistem di KKDW.

“Seterusnya ia dibawa dan dibentangkan ke Permukiman Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 17 hingga 19 Januari nanti,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button