Berita Semasa

50 ribu pengunjung dijangka hadir ke Karnival Semarak Semenyih

KAJANG – Ultimate Titan Sdn Bhd dengan kerjasama International Lighting Show dan Kelab Muaythai Hallo Fight Club bakal menganjurkan Karnival Semarak Semenyih pada 1 hingga 4 Februari ini di tapak Ecohill Walk Semenyih di sini.

Pengarah Ultimate Titan, Nik Baizura Datuk Sabiamad berkata, pihaknya menjangkakan kehadiran lebih 50 ribu pengunjung memandangkan pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung.

“Kami mahu memupuk kebersamaan dalam mengadakan karnival berprestij tinggi ini bersama belia setempat bagi memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik.

“Kami berhasrat membantu usahawan terdiri pelbagai golongan, sekali gus meningkatkan ekonomi setempat dengan memperkenalkan industri sukan dan permainan tidak terkecuali industri hiburan tanah air dengan menampilkan usahawan-usahawan dalam kalangan artis tempatan,” katanya.

Pengarah Ultimate Titan, Nik Baizura Datuk Sabiamad.

Karnival Semarak Semenyih yang dikuasakan App Proppy itu juga ingin membantu lebih ramai usahawan dalam membina platform perniagaan yang lebih baik dengan latar belakang lokasi yang dapat memuatkan lebih ramai pengunjung.

Menariknya lagi, karnival ini juga menggariskan nama-nama besar artis tempatan bagi menemui peminat yang hadir ke karnival berkenaan.

Mereka terdiri pempengaruh terkenal Ahmad Iqbal, penyanyi Nash Lefhanded, Ezlyn Hye Hye Bye Bye, Nazia Mustapha, Zarina Zainudin, Serina Chef Wan, Aida Aris, Raja Emma Mami Dedi dan ramai lagi.

“Dengan megadakan karnival ini, kami juga berpeluang mengetengahkan beberapa artis atau selebriti yang menceburkan diri dalam perniagaan, sekali gus membantu mereka untuk terus berada dalam industri secara konsisten di samping menjana pendapatan untuk mereka,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Nik Baizura berkata, sambutan yang diterima daripada rakan penaja yang menaja aktiviti dan program memperlihatkan kejayaan yang dibuat sebelum ini oleh pihaknya di Bangi.

“Kami turut berbesar hati menerima tajaan dari syarikat terkenal seperti Dupharma Biotech Berhad ( Champs & Proviton ) , Gtr Burger, Muiz Hot Chicken, G2g Animal Garden, Aurelius Nilai Hospital & JttStore,” ujarnya lagi.

Selain itu, terdapat juga aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, pertandingan peragaan, pertandingan karaoke dan azan.

Show More

Related Articles

Back to top button