Berita Semasa

MCMC nasihat orang ramai padam video, gambar kemalangan libatkan Zaharif

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang ramai untuk tidak berkongsi gambar atau video melibatkan mangsa kemalangan, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamri bagi menghormati keluarga mangsa.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, perkongsian gambar atau rakaman video
mangsa tidak hanya akan melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga
melanggar prinsip dan etika asas.

“Setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan.

“Jika telah memuatnaik atau berkongsi gambar atau video daripada kejadiaan
berkenaan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan,” katanya.

Selain itu, katanya, semua pihak turut dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Katanya, sebarang perkongsian yang melibatkan gambar atau video tragedi berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Show More

Related Articles

Back to top button