Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kanak-kanak diperdaya buat seks selepas sejam berkenalan di alam siber

SHAH ALAM – Golongan kanak-kanak menjadi antara yang paling terdedah kepada bahaya ancaman ‘sexual grooming’ yang sedang berleluasa di alam siber.

Dalam perkongsian sesi Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini, polis mendedahkan ada kes yang hanya memakan masa sejam untuk kanak-kanak menjadi mangsa kes seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sikap kanak-kanak yang mudah dijanjikan keseronokan menjadikan golongan itu mudah diumpan.

Bahkan ada kes yang mana seorang kanak-kanak diperdaya melakukan seks dengan orang yang baru sejam dikenali secara dalam talian.

“Golongan ini begitu mudah untuk berkongsi maklumat seperti gambar, alamat rumah dan berani untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali.

“Selepas sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial, bagaimana ‘sexual grooming’ itu cepat berlaku.

“Mangsa biasanya tertarik dengan ‘ayat power’ pemangsa yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya,” katanya.

Program Kesejahteraan Komuniti Tanggungjawab Bersama itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button