PM X

PM Anwar jadi individu pertama daftar Digital ID

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menjadi individu pertama di negara ini mendaftar diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID.

Digital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

“Alhamdulillah. Satu lagi kejayaan terpahat dengan pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang secara rasminya bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Turut sama membuat membuat pendaftaran antaranya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa tiada cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor kononnya ini kebimbangan sesetengah pihak selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional.

“Ini tidak berasas, sementelahan rakyat harus menerima kenyataan bahawa negara harus maju seiring dengan perkembangan semasa termasuk penggunaan teknologi.

“Sayugia, mana-mana pihak yang saksi, perlu mendengar dahulu penjelasan daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung Digital ID supaya ia tidak menjejaskan keyakinan mereka,” tegasnya.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID adalah platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelak penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

Show More

Related Articles

Back to top button