Berita Semasa

IPT di negara ini diminta jangan terlalu taksub pada sistem ranking

KOTA BHARU – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini diingatkan supaya tidak terlalu taksub dalam mengejar penarafan kedudukan universit atau ranking.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pencapaian sesebuah universiti tidak sepatutnya dinilai melalui sistem ranking kerana setiap universiti ditubuh dengan matlamat yang berbeza.

Bahkan katanya, badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) telah melahirkan kebimbangan supaya sistem itu tidak diterima bulat-bulat.

“Tidak boleh diukur secara umum (sistem ranking) kerana setiap universiti diwujudkan dengan matlamat berbeza. Ukuran yang digunakan mungkin sesuai untuk negara-negara maju tetapi tidak sesuai untuk negara-negara lain.

“Ia mungkin boleh digunakan untuk melihat keududukan, tetapi bukannya dijadikan asas dalam menentukan kecemerlangan sesebuah univerisiti,” katanya.

Khaled berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah HUSM Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Awang Adek Hussin.

Show More

Related Articles

Back to top button