Tiada jalan selamat buat pelarian Gaza, serangan bom di mana-mana
GAZA – Penduduk Palestin yang diarahkan oleh Israel untuk berpindah dari utara Gaza, seperti diberikan janji kosong apabila tiada jaminan bagi keselamatan mereka susulan ancaman serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.
Memetik laporan AFP, pelarian Palestin juga terpaksa bergelut dengan kemusnahan kediaman dan kehilangan orang tersayang akibat bom walaupun kini berada di bahagian selatan seperti diarahkan rejim Zionis itu.
Kebiasaannya, kanak-kanak berusia lapan tahun sibuk bermain, namun bagi seorang anak kecil di kem pelarian Nuseirat, Nada Abu Hiya, ‘permainan’ yang mampu dilakukannya adalah terpaksa melihat sendiri serangan bom di depan mata.
Tiada detik paling menyayat hati buat kanak-kanak ini apabila terpaksa berdepan kehilangan hampir seluruh ahli keluarganya termasuk ibu, datuk, nenek dan bapa saudaranya akibat kekejaman rejim Zionis.
Nada berkata, dirinya menyaksikan sendiri tiga serangan bom sepanjang peperangan antara Israel dan Palestin tercetus sejak 7 Oktober lalu.
“Mula-mula mereka mengebom kediaman kami iaitu di rumah datuk saya di Gaza City.
“Kemudian kami pergi ke Deir el-Balah, namun kami dibom lagi. Jadi kami datang ke sini dan mereka mengebom kami lagi.
“Serangan bom berada di hampir semua tempat… semua ahli keluarga saya meninggal dunia. Mereka memusnahkan rumah kami dan juga jiran kami,” katanya kepada AFP.
Kebiasaannya, kanak-kanak berusia lapan tahun sibuk bermain, namun bagi seorang anak kecil di kem pelarian Nuseirat, Nada Abu Hiya, ‘permainan’ yang mampu dilakukannya adalah terpaksa melihat sendiri serangan bom di depan mata.
Tiada detik paling menyayat hati buat kanak-kanak ini apabila terpaksa berdepan kehilangan hampir seluruh ahli keluarganya termasuk ibu, datuk, nenek dan bapa saudaranya akibat kekejaman rejim Zionis.
Nada berkata, dirinya menyaksikan sendiri tiga serangan bom sepanjang peperangan antara Israel dan Palestin tercetus sejak 7 Oktober lalu.
“Mula-mula mereka mengebom kediaman kami iaitu di rumah datuk saya di Gaza City.
“Kemudian kami pergi ke Deir el-Balah, namun kami dibom lagi. Jadi kami datang ke sini dan mereka mengebom kami lagi.
“Serangan bom berada di hampir semua tempat… semua ahli keluarga saya meninggal dunia. Mereka memusnahkan rumah kami dan juga jiran kami,” katanya.