Luar Negara

Rejim zionis berterusan salahkan pejuang Hamas

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berterusan menyalahkan pejuang Hamas sebagai alasan kepada angka kematian yang tinggi dalam kalangan orang awam di Tebing Gaza.

Netanyahu dalam temubualnya dengan saluran CBS berkata, tentera Israel sedang berusaha untuk menghapuskan Hamas tetapi mereka menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

“Hamas tak kisah tentang rakyat Palestin.

“Perkara lain yang boleh saya katakan ialah kami akan cuba menyelesaikan kerja kami dengan kematian orang awam yang minimum.

“Itulah yang kami cuba lakukan, mengurangkan kematian orang awam. Tetapi malangnya, kami tidak berjaya,” katanya dalam temu bual tersebut.

Setakat malam semalam, angka kematian akibat serangan udara dan darat rejim zionis ke atas wilayah Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 11,500 orang termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita,

Sementara itu, syarikat telekomunikasi utama Gaza berkata, semua perkhidmatan telefon dan internet di wilayah itu terputus sejak malam Khamis kerana kekurangan bahan api.

Ketika komunikasi terputus, Israel meningkatkan serangan di beberapa kem pelarian dan hospital termasuk di Kompleks Perubatan Ibnu Sina di Tebing Barat dan kem Jabalia di Tebing Gaza.

Show More

Related Articles

Back to top button