Luar Negara

Masjid Kariye yang merupakan bekas gereja akan dibuka semula untuk umat Islam

ANKARA – Masjid Kariye di Istanbul yang asalnya merupakan sebuah gereja Ortodoks Byzantine purba sebelum ditukar sebagai muzium selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah akan dibuka semula.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, mengesahkan akan membuka itu meskipun berdepan protes puak Yunani selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis.

“Masjid Kariye dalam bentuk baharunya akan kekal terbuka kepada semua orang.

“Kami membuka masjid Kariyeuntuk ibadat dan lawatan selepas kerja-kerja pemulihan yang teliti,” kata Erdogan pada sidang akhbar bersama pemimpin Greece itu.

Mitsotakis sebelum itu merayu penukaran gereja di Chora yang dihiasi dengan lukisan dinding ‘Penghakiman Terakhir’ abad ke-14 yang masih dihargai oleh penganut Kristian dan beliau juga membuat aduan kepada Erdogan mengenai langkah itu.

Gereja itu diubah menjadi Masjid Kariye setengah abad selepas penaklukan Constantinople pada 1453 oleh kerajaan Uthmaniyyah Turkiye.

Pada 1945 masjid ini ditukar sebagai muzium oleh kerajaan Turkiye ketika itu dan pada 1958 ia dibuka kepada orang awam.

Pada November 2019, mahkamah tertinggi di Turkiye mengarahkan bangunan itu ditukar semula sebagai masjid dan setahun selepas itu statusnya ditukar kepada masjid.

Pertukaran itu telah mendapat bantahan penganut ortodoks Greece dan mazhab protestan Kristian.

Pada hari Jumaat 30 Oktober 2020, buat pertama kali selepas 72 tahun masjid itu menganjurkan solat dan pada 6 Mei lalu ia dibuka untuk umat Islam beribadat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button