Berita Semasa

Banjir kilat, 150 penduduk Kg Bangi Lama, Jalan Semenyih dipindahkan

BANGI – Kira-kira 150 penduduk Kampung Bangi Lama dan Jalan Semenyih Indah 16 di sini terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat, pagi tadi.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kerja-kerja pemindahan dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Kajang dan Semenyih bermula pukul 4.30 pagi tadi.

“Banjir di Jalan Semenyih Indah 16 membabitkan air sedalam 1.52 meter menjejaskan 14 rumah dan seramai 50 mangsa dipindahkan pihak bomba.

“Di Kampung Bangi Lama, sebanyak 10 rumah terjejas akibat air banjir setinggi paras pinggang (dewasa), yang mana seramai 50 mangsa dipindahkan pihak bomba manakala kira-kira 100 lagi berpindah sendiri,” katanya.

Katanya, pemerhatian pihak bomba mendapati trend air menunjukkan penurunan namun pasukan penyelamat akan terus bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Show More

Related Articles

Back to top button