Politik

Annuar Musa, Shahidan Kasim dilantik AJK PAS baharu

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang baharu.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, pelantikan itu dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan semalam.

Katanya, turut dilantik ialah Nasrudin Hassan, Yusni Mat Piah, Wan Rohimi Wan Daud, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Mohd Mazri Yahya.

Bagi jawatan penolong setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung 1 manakala Khairul Fahmi Mat Som dan Mohr Syahir Che Sulaiman masing dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung 2 dan 3.

Selain itu katanya, pihaknya turut melantik dua pesuruhjaya baharu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ab Halim Tamuri dilantik sebagai Pesuruhjaya Selangor menggantikan Ahmad Yunus manakala Dr Aliakbar Gulasan dilantik menggantikan Paumin @ Mohd Aminuddin Aling di Sabah.

Sementara itu katanya, Mohd Shukri Ramli (Perlis), Datuk Ustaz Ahmad Yahaya (Kedah), Datuk Ahmad Yakob (Kelantan), Datuk Husin Awang (Terengganu), Muhammad Fauzi Yusoff (Pulau Pinang), Razman Zakaria (Perak), Rosli Abdul Jabar (Pahang), Azhar Yahya (Wilayah Persekutuan), Rafiei Mustapha (Negeri Sembilan), Zulkifli Ismail (Melaka), Abdullah Husin (Johor) dan Jofri Jaraiee (Sarawak) dikekalkan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button