Berita Semasa

Sofyank ajak warganet sebar kebenaran

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial terkenal tanah air, Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah menyeru masyarakat di negara ini untuk menyebarkan mengenai apa sahaja kebenaran yang berlaku di Palestin pada ketika ini.

“Kita mempunyai kuasa untuk menyebarkan kebenaran, marilah kita kongsikan apa yang kita tahu sehingga dunia sedar apa yang berlaku,” katanya pada ciapan video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, pereka kandungan digital itu telah menghasilkan satu video pendek menggunakan teknik kesan visual VFX memaparkan realiti mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang.

Klip video kurang satu minit itu, memaparkan Sofyank mencetak beberapa helai kertas lukisan bersaiz A4 yang antara lain memaparkan potret rakyat Palestin sedang bersedih di tanah air sendiri, kereta kebal, bangunan terbakar hasil kerjasama dengan seorang pelukis, Qurnia Izzat.

Susulan serangan yang dibuat rejim Israel terhadap Palestin sehingga ke hari ini, ramai pempengaruh media sosial di negara ini mengambil pendekatan masing-masing dalam menyampaikan maklumat serta menyebar luaskan mengenai penderitaan rakyat Palestin.

Show More

Related Articles

Back to top button