Berita Semasa

Tempoh permohonan kewarganegaraan dipendekkan kepada 14 hari

Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang diperkenalkan hari ini bantu pendekkan tempoh permohonan

PUTRAJAYA – Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemendekan tempoh proses itu dapat dilaksanakan menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), hari ini.

“Sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak).

“Dengan adanya sistem ini, penyerahan dokumen (dilaksanakan) secara dalam talian,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem tersebut dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau lagi, sistem tersebut secara automatik akan menolak sebarang pemohon yang didapati terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal melebihi masa di negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button