Luar Negara

Israel ‘mahu ajar’ PBB

Tidak puas hati kenyataan Setiausaha Agung PBB

LONDON – Rejim Zionis Israel tidak akan mengeluarkan visa kepada mana-mana kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Laporan The Guardian yang memetik media Israel berkata, kenyataan itu dikeluarkan oleh Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan.

“Kita tidak akan keluarkan visa kepada wakil PBB. Ketika ini, kita sudah sekat visa pegawai kanan Hubungan Hak Asasi Manusia, Martin Griffiths.

“Sudah sampai masanya kita ajar mereka (PBB)”, kata Erdan.

Terdahulu, Erdan turut menggesa Guterres meletak jawatan setelah Setiausaha Agung PBB tersebut dipetik sebagai berkata, “tindakan Hamas menyerang Israel pada 7 Okt tidak boleh digunakan sebagai alasan menyerang Gaza secara habis-habisan”.

Show More

Related Articles

Back to top button