Luar Negara

Penunjuk perasaan serbu parlimen, bakar bangunan kerajaan bantah kenaikan cukai

NAIROBI – Situasi di bandar raya ini menjadi tegang apabila penunjuk perasaan yang membantah kenaikan cukai mencetuskan kekecohan dengan menyerbu bangunan Parlimen dan membakar beberapa bangunan milik kerajaan, semalam.

Tunjuk perasaan bagi membantah keputusan kerajaan pimpinan Presiden William Ruto yang mahu menaikkan kadar cukai itu bermula dengan aman, namun bertukar ganas apabila pihak polis menggunakan kekerasan bagi menyuraikan mereka yang berhimpun, lapor The Guardian.

Laporan saksi menyebut, sekurang-sekurangnya 10 penunjuk perasaan terbunuh di luar bangunan Parlimen didakwa akibat tembakan dilepaskan Polis Kenya yang mahu mengawal keadaan.

Sementara itu, Pejabat Gabenor Nairobi di kompleks ibu kota turut dibakar penunjuk perasaan, selain penggubal undang-undang terpaksa berlindung di terowong bawah tanah sebagai langkah keselamatan.

Tunjuk perasaan masih berlarutan susulan cadangan kerajaan menaikkan cukai tambahan bernilai AS$2.7 bilion.

Cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan defisit bajet negara, namun kebanyakannya menyatakan bantahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button