Berita Semasa

Peserta kursus tempur maut dipercayai akibat strik haba, 9 lagi dirawat

JOHOR BAHRU – Seorang penuntut maut manakala sembilan lagi dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi, dekat sini, Jumaat lalu.

Mangsa, Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar disahkan maut ketika menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon.

Tian Soon berkata, tiga daripada penuntut tersebut dilaporkan menerima rawatan rapi di HSI manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Salah seorang penuntut yang menerima rawatan rapi di HSI telah meninggal dunia pada Sabtu.

“Saya mewakili kerajaan Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Menurut Tian Soon, keadaan dua lagi penuntut yang dirawat di HSI dan HKT dilaporkan stabil.

Difahamkan, kejadian berlaku di lapang sasar Pulada antara jam 5.30 hingga 6 petang.

Segelintir daripada mereka dikatakan mengalami simptom strok haba termasuk pengsan.

Jenazah Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang pada Ahad.

Show More

Related Articles

Back to top button