Jenayah & MahkamahBerita Semasa

Tiga individu termasuk pegawai kewangan GISBH disambung reman

Shah Alam – Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan lanjutan reman terhadap tiga individu, termasuk seorang pegawai kewangan dari Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Majistret Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan lanjutan reman tersebut setelah tempoh reman yang bermula sejak 1 Oktober tamat hari ini.

Individu yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita.

Peguam yang mewakili ketiga-tiga individu, Rosli Kamarudin berkata, seorang daripada wanita berkenaan direman selama sehari lagi, manakala dua lagi individu direman selama dua hari.

“Lanjutan ini diperlukan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya kepada media hari ini.

Dalam perkembangan lain, mahkamah turut membebaskan tiga individu termasuk seorang peguam yang dikaitkan dengan GISBH, selepas mendapati tiada keperluan untuk menahan mereka lebih lama.

Peguam tersebut sebelum itu direman selama tujuh hari di Changlun, Kedah.

“Mahkamah memutuskan pembebasan kerana tiada risiko untuk mereka melarikan diri,” katanya lagi.

Tindakan polis itu adalah sebahagian daripada Op Global yang dilancarkan awal September lalu dengan serbuan dijalankan ke atas rumah amal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISBH.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button