Automatif & TeknologiBerita SemasaPM X

DRB-HICOM, Geely meterai Perjanjian Kolaborasi Utama bangunkan AHTV

TANJUNG MALIM – DRB-HICOM Berhad dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. hari ini menandatangani Perjanjian Kolaborasi Utama (MCA) bagi membangunkan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV).

Dalam majlis tersebut, DRB-HICOM diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Hartanah dan Perancangan & Strategi Korporat, Azri Zaharuddin manakala Geely diwakili oleh Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Operasi, Dr Wei Mei.

Majlis yang diadakan di PROTON Tanjong Malim tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani
Mohamad; Pengerusi Geely Holding, Eric Li; dan Pengerusi PROTON, Syed Faisal Albar.

Sebelum majlis menandatangin MCA tersebut, Perdana Menteri terebih dahulu mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Projek AHTV peringkat tertinggi yang turut dihadiri ahli-ahli kanan pasukan Projek AHTV dan pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan serta Negeri.

MCA yang ditandatangani hari ini adalah bagi menetapkan prinsip-prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dan komitmen bersama dalam pembangunan projek AHTV, termasuk peranan khusus yang perlu dilaksanakan untuk pembangunan dan inisiatif promosi.

Perkembangan terbaharu ini adalah susulan daripada pemeteraian Dasar-Dasar Utama Perjanjian (HOA) di antara DRB-HICOM dan Geely Holding di Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing, pada awal tahun ini.

AHTV akan menarik pelaburan tempatan dan luar negara yang akan
mendorongnya menjadi sebuah hab automotif antarabangsa untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).

Tumpuannya bukan sahaja kepada pengeluaran kereta pelbagai jenama, tetapi juga dalam pembuatan komponen dan alat ganti berteknologi tinggi untuk NEV.

Show More

Related Articles

Back to top button