Berita Semasa

Pemandu treler sebabkan kematian 2 mangsa terkorban di Putrajaya mengaku tak bersalah

PUTRAJAYA – Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan nahas kemalangan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini sehingga meragut dua nyawa.

Terduduh, Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29 membuat pengakuan tidak bersalah dihadapan Majistret Putrajaya, Aima Nabila Muhammad Azhar, di sini, hari ini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Dalam pada yang sama, mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Dia juga perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Oktober ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Amalina Abu Hanifa memohon supaya ikat jamin RM10,000 dikenakan namun jumlah berkenaan dikurangkan selepas tertuduh merayu jumlah berkenaan dikurangkan.

Dalam nahas yang berlaku pada Rabu lalu, sebuah lori yang dipandu laju melanggar 14 kenderaan yang sedang berhenti.

Mangsa yang maut dikenali pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

Sebagai rekod, pemandu treler berkenaan disahkan tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang berlaku terhadapnya yang didapati negatif.

Show More

Related Articles

Back to top button