Berita SemasaPM X

PM Anwar temu rakyat, pelajar Malaysia di New York

NEW YORK – Malaysia berpotensi potensi besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim rakyat dan pelajar Malaysia di sini, pada Sabtu.

Kata Anwar, negara mempunyai sumber yang diperlukan dan tenaga kerja berkelayakan, selain mempunyai dasar seperti Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai,” kata Anwar dalam sesi dialog dan majlis makan malam tersebut.

Pada majlis itu juga, Anwar berkata, beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.

“Ini sebagai usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau ‘brain drain’ yang sedang dihadapi negara ketika ini,” katanya.

Perdana Menteri dan delegasi berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Beliau telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Show More

Related Articles

Back to top button