Berita Semasa

229 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan

Situasi banjir di Perak, Sabah dan Sarawak

CYBERJAYA – Seramai 299 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), di tiga negeri yang terjejas akibat banjir setakat pukul 9 pagi tadi.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir di daerah Kerian meningkat kepada seramai 38 orang pagi tadi berbanding 35 mangsa daripada lapan keluarga, malam tadi.

Kesemua mangsa kini berada di pusat pemindahan yang terletak di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Sementara itu, di Sabah, JBPN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal dengan seramai 228 mangsa daripada 72 keluarga, masih ditempatkan di PPS Dewan Selagon, setakat pagi tadi.

“Semua mangsa merupakan dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir,” kata kenyataan itu.

Keadaan sama direkodkan di Sarawak, dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Limbang kekal 33 orang daripada tujuh keluarga, setakat pagi tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button