Berita SemasaHiburan
‘Kembar’ P. Ramlee meninggal dunia
CYBERJAYA – Penyanyi Fairuz Misran yang diberi julukan ‘kembar Allahyarham P. Ramlee’ dilaporkan meninggal dunia, hari ini.
Berita pemergian Allahyarham Fairuz, 38, disahkan sendiri oleh ahli keluarga beliau, Ruzaidi Misran, di laman Facebook miliknya.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di hospital Lucious, Labuan pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.
Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham masih belum diketahui.
Nama anak kelahiran Sandakan, Sabah ini menjadi popular setelah muncul juara pertandingan bintang P.Ramlee peringkat kebangsaan pada tahun 2012.
Bukan sahaja mempunyai gaya yang sama, Allahyarham turut mempunyai suara, teknik nyanyian serta rupa paras seperti lagenda hiburan negara tersebut.